Pemasaran dan pengeluaran The_Elder_Scrolls_V:_Skyrim

Skyrim pertama kali diumumkan di Pusat Konvensyen Los Angeles di Los Angeles, California pada 11 Disember 2010 semasa Anugerah Permainan Video Spike; Howard muncul di atas pentas semasa anugerah tersebut dan memaparkan trailer pengumuman, yang memperkenalkan jalan cerita permainan tersebut dan mendedahkan tarikh pengeluarannya "11-11-11". Ia menjadi cerita kulit untuk isu Februari 2011 majalah Game Informer, di mana Matt Miller, seorang wartawan, menuis sebuah rencana lima belas halaman yang mendedahkan perincian pertama mengenai jalan cerita dan dan permainan Skyrim.

Kandungan tambahan

Pelbagai modifikasi rasmi dan ciptaan peminat boleh didapati di Skyrim, lazimnya dibina menggunakan Creation Kit. Mod ini boleh diedarkan secara bebas di halaman perkongsian fail seperti Skyrim Nexus, atau dikumpulkan secara rasmi menerusi mekanisme pengedaran kandungan terkawal Steam Workshop.  Antara ciri mod tersebut ialah langit malam yang lebih berkualiti, sistem pencahayaan baru, lokasi dan watak baru, kemas kini antaramuka pengguna dan sebagainya. Modifikasi Skyrim rasmi pertama ialah The Fall of the Space Core, Vol. 1, dibina oleh Bethesda hasil usahasama dengan Valve Corporation. Ia menyebabkan Space Core, sebuah peranti fiksyen daripada permainan video Valve, Portal 2, jatuh dari langit dan mendarat di rumah terbakar berdekatan dengan Whiterun. Space Core (disuarakan oleh Nolan North) bertindak sebagai NPC, mengikut pemain ke seluruh dunia Skyrim dan mengeluarkan komen berkaitan dengan angkasa.

Dawnguard, kandungan muat turun pertama Skyrim, berkisar tentang pertarungan antara Dawnguard dan Volkihar.  

Hearthfire, tambahan kedua Skyrim, membolehkan pemain membina rumah dan mengambil anak angkat. Pemain boleh membeli tiga bidang tanah yang ditambah dalam dunia permainan.

Dragonborn merupakan tambahan ketiga dan terakhir Skyrim. Ia berkisar tentang usaha pemain untuk mengalahkan Miraak, Dragonborn pertama, yang menjadi jahat dan ingin menguasai dunia.

Pada April 2013, Bethesda mengumumkan menerusi blog mereka bahawa mereka sedang "beralih" daripada Skyrim dan mereka sedang bersedia untuk  mengerjakan projek lain. Mereka menambah bahawa mereka hanya akan mengeluarkan "pengemaskinian kecil" untuk permainan tersebut.